Kursus Kepimpinan Pengawas

Pada 22  Julai 2013, satu kursus kepimpinan pengawas yang dianjurkan olehpihak sekolah bersama Unit Kaunseling telah dijalankan bertempat di Dewan Gemilang. Semua pengawas sekolah, pengawas percubaan, pengawas bestari dan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) telah terlibat. Adalah diharapkan dengan adanya kursus seperti ini akan membantu para pengawas menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Majlis Penyampaian Sijil dan Hamper

23 Julai 2013, Isnin.  Satu  majlis penyampaian  hamper kepada para pelajar yang terlibat dalam senam robik  yang dikendalikan oleh Marsha Fitnees Centre. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat. Dalam pada itu juga, majlis penyampaian sijil  telah disampaikan oleh En Azman bin Mohd Aris kepada para pelajar yang telah menyertai program I-Brain Observation 2. Pihak sekolah mengucapkan syabas di atas penyertaan aktif pelajar-pelajar SKDA.

This slideshow requires JavaScript.

Hari Terbuka ( Open Day )

Jumaat, 19 Julai 2013; Program hari terbuka merupakan program yang sangat penting khususnya kepada ibubapa untuk melihat dan menilai pencapaian akademik anak-anak mereka. Ini antara gambaran yang sempat diambil sempena berlangsungnya hari terbuka. bagi ibubapa yang belum berkesempatan bolehlah hadir ke sekolah bagi membincangkan prestasi anak-anak dengan guru masing-masing.

Perasmian Minggu PPDA Peringkat Sekolah

Isnin, 15 Julai 2013

Satu majlis perasmian minggu PPDA telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Guru Besar, En Azman bin Mohd Aris. Ianya akan berlangsung selama empat hari sehingga Khamis ini. Pelbagai acara telah disusun iaitu peraduan mewarna, persembahan video, penerangan blog PPDA dan banyak lagi. Dengan adanya program ini akan menyedarkan para pelajar akan bahaya dadah yang merupakan musuh nombor satu negara kita.  Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri juga merupakan wakil tunggal mewakili PPDA peringkat Kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung pada Ogos depan.  Oleh itu, amatlah diharapkan kepada para ibubapa yang sudi menghulurkan sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha murni ini dari segi moral dan, material secara persendirian ataupun syarikat. Segala sumbangan amatlah dialu-alukan. Terima kasih.

Penyampaian Sijil dan Medal

Pada perhimpunan yang berlangsung pagi ini, seorang pelajar dari sekolah ini telah membuktikan kemampuan beliau mewakili acara sukan mewakili peringkat negeri. Mohd. Badrul Hisham bin Hairul Azhar dari tahun 6 merupakan pelajar tunggal sekolah yang melayakkan diri mewakili negeri dalam acara bola baling MSSS. Kejohanan bola baling tersebut telah diadakan pada 7-11 Mei 2013 bertempat di stadium tertutup Kuala Selangor. Guru besar, En Azman bin Mohd Aris telah menyampaiakn sijil dan medal kepada adik Badrul Hisham. Semoga dengan ini akan mewujudkan pelajar pelapis yang mewakili sekolah, daerah dan negeri Selangor dalam pelbagai peringkat acara sukan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada beliau.

Adik Badrul Hisham

Rangkuman Kejohanan Balapan & Padang

Pada 6 Julai yang lalu, Kejohanan Balapan & padang telah dijalankan di Padang awam FRIM, Kepong. Pihak seolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu jemputan Kehormat, para ibubapa dan para pelajar kerana sama-sama memeriahkan kejohanan tersebut. Sebanyak empat buah rumah yang telah mengambil bahagian iaitu rumah Lekir, rumah Lekiu, Rumah Tuah dan rumah Jebat. Tidak lupa kepada ajk-ajk guru yang mengambil peranan masing-masing bagi menjayakan kejohanantersebut.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Yang dipertua PIBG, En Mursham. Pelbagai kategori telah dipertandingkan kejohanan tersebut. di antaranya ialah Sukaneka, tarik tali ibubapa & guru, 100M , 200M, 400M dan 4X100M. acara kemuncak kategori pelajar iaitu 4X100m melibatkan penyertaan dari SK Desa Amanpuri, SK kepong, Sk Tmn Sri Gombak, dan SK Taman Ehsan.

Sk Desa Amanpuri telah mendapat tempat kedua. Walaubagaimanpaun tahniah diucapkan kepada atlit-atlit yang berusaha sedaya upaya mereka. SK Taman Sri Gombak telah dinobatkan sebagai juara acara tersebut. tahniah juga diucapkan kepada atlit mereka.

Bagi rumah sukan pula, rumah yang memenangi juara keseluruhan iaitu rumah Lekir manakala rumah Lekiu mendapat tempat kedua keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada rumah-rumah tersebut. Bagi kategori Perbarisan dan hiasan rumah tercantik, rumah Lekiu telah ditabalkan sebagai juara menewaskan rumah-rumah yang lain. Tahniah diucapkan kepada ketua rumah sukan Lekiu, Cikgu Sharmeela serta guru penasihat yang lain atas kesungguhan yang ditunjukkan.

(more…)

Jadual Waktu Kelas 2013

timetables

Ini adalah merupakan jadual waktu kelas 2013 yang terkini. Bagi ibubapa yang mendapatkan jadual kelas tersebut bolehlah muat turun di sini. Jika ingin mencetak hanya pilih simbol printer dan cetak mengikut konfigurasi pencetak masing-masing. Terima kasih.

P/ S: Dokumen yang dimuat turun adalah dalam bentuk .rar. Sila muat turun Winrar  terlebih dahulu bagi memudahkan fail dibuka.

Selamat Berpuasa….jangan jadi seperti ini…hehe.

kucing

Puasa, puasa juga..tapi janganlah asyik ini aje yang kita fikirkan. Hehe..Apapun admin bagi pihak sekolah mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua beroleh ketenangan dan keberkatan dariNya. InShaAllah.

Raptai Perbarisan & Sukaneka

Dalam minggu ini, boleh dikatakan semua guru serta murid agak sibuk untuk menghadapi kejohanan balapan dan padang. Walaubagaimana pun, pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan seperti biasa. Bersesuaian dengan alaf baru yang serba mencabar, guru-guru juga meningkatkan kualiti mereka sebagai guru yang boleh melakukan lebih daripada satu tugas yang diberi.

Tepat jam 8.30 pagi murid-murid telah berkumpul di dewan terbuka mengikut rumah sukan masing-masing.Bagi murid tahap satu, mereka terlibat dengan acara sukaneka. Pelbagai aksi ang menarik dapat kita kongsi bersama. Tidak terkecuali guru rumah turut bersemangat memberikan sokongan kepada murid-murid mereka.

This slideshow requires JavaScript.

Sorotan suasana serta ekspresi guru-guru dan para pelajar dapat kita saksikan kesungguhan mereka melaksanakan program tersebut.

Apakah itu PBS dan SAPS?

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Saya pasti ramai ibubapa di luar sana telah di berikan pendedahan tentang PBS, namun ada yang faham dan ada pula yang ambik sambil lewa… ramai yang bertanya kepada saya, kenapa saya perlu ambil tahu tentang sistem ini, kerana apabila menteri pelajaran bertukar sistem pendidikan akan bertukar ( mmg ada benarnya) dan ada pula yang berkata kepada saya, anak belum lagi nak bersekolah tak perlu ambil tahu ( mmg anak saya belum lagi bersekolah, tp anak didik saya yang telah di amanah oleh ibu dan ayah kepada saya), hendak @ tidak saya perlu ambil tahu.

SPPBS
Apa itu PBS ?
Transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian ( peperiksaan – UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah) kepada sistem yang lebih holistik ( menyeluruh), tujuannya untuk menyediakan 1 set indikator untuk menilai potensi murid dan kesedian untuk belajar, menguji pengusaan dan pencapaian murid. PBS terdiri daripada 4 komponen iaitu
a) Pentaksiran pusat ( soalan yang di keluarkan dari Lembaga Peperiksaaan )
b) Pentaksiran Pusat ( pelajat di nilai oleh guru)
c)Pentaksiran aktiviti PJSK (pelajar di nilai oleh guru)
d) Pentaksiran  Psikometrik ( pelajar di nilai oleh guru kaunseling)

Acara Awal Sukan Tahunan Sekolah

Ini adalah acara awal bagi sukan tahunan yang bakal berlangsung pada 6 Julai 2013 di padang awam FRIM. beberapa gambar yang diambil oleh editor Pn .Rosiyah ( baru dilantik )..