Apakah itu PBS dan SAPS?

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Saya pasti ramai ibubapa di luar sana telah di berikan pendedahan tentang PBS, namun ada yang faham dan ada pula yang ambik sambil lewa… ramai yang bertanya kepada saya, kenapa saya perlu ambil tahu tentang sistem ini, kerana apabila menteri pelajaran bertukar sistem pendidikan akan bertukar ( mmg ada benarnya) dan ada pula yang berkata kepada saya, anak belum lagi nak bersekolah tak perlu ambil tahu ( mmg anak saya belum lagi bersekolah, tp anak didik saya yang telah di amanah oleh ibu dan ayah kepada saya), hendak @ tidak saya perlu ambil tahu.

SPPBS
Apa itu PBS ?
Transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian ( peperiksaan – UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah) kepada sistem yang lebih holistik ( menyeluruh), tujuannya untuk menyediakan 1 set indikator untuk menilai potensi murid dan kesedian untuk belajar, menguji pengusaan dan pencapaian murid. PBS terdiri daripada 4 komponen iaitu
a) Pentaksiran pusat ( soalan yang di keluarkan dari Lembaga Peperiksaaan )
b) Pentaksiran Pusat ( pelajat di nilai oleh guru)
c)Pentaksiran aktiviti PJSK (pelajar di nilai oleh guru)
d) Pentaksiran  Psikometrik ( pelajar di nilai oleh guru kaunseling)
Kalau di lihat di sini, pembahagian PBS lebih di beratkan di sekolah, di mana semua aktiviti penilaian di laksanakan di sekolah (3/4) dan hanya 1/4 sahaja dinilai oleh lembaga peperiksaan .Mungkin ada yang berkata bagus lah, penilaian di lakukan oleh guru.. peperiksaan dah tiada…tapi pernahkah ada di antara kita terfikir, guru adalah manusia, yang mempunyai perasaan, yang hari-hari berhadapan dangan manusia yang pelbagai ragam.. bagaimana mahu membuat penilaian yang adil dan saksama? Selain daripada itu, pembahagian markah lebih di beratkan di sekolah ( secara logiknya) daripada peperiksaan , persoalannya bagaimana kita mahu memastikan pelajar tersebut benar-benar layak masuk ke asrama penuh dan sebagainya?
Itu baru sahaja dari segi pecahan, mari kita lihat perbandingan sistem peperiksaan  dangan sistem PBS ini.
Sistem Peperiksaan
 
1) Penilaian akan di adakah 4 kali dalam setahun untuk kelas bukan peperiksaan dan 5 kali setahun setahun untuk kelas peperiksaan. ( pelajar perlu bersiap sedia untuk manghadapi peperiksaan tersebut kerana markah yang di perolehi adalah hasil daripada usaha pelajar untuk mendapat keputusan yang baik dan penilaian adalah keseluruhan bab dalam seseuatu matapelajaran)
2) Penilaian hanya di lakukan SEKALI SAHAJA, TIADA PEMBETULAN yang boleh pelajar lakukan untuk tambah markah melainkan terdapat kesalahan teknikal seperti salah soalan dan sebagainya ( pelajar akan sentiasa aktif dan bersedia untuk memperolehi keputusan yang terbaik)
3) Tiada istilah malas belajar, main-main di dalam kelas kerana mereka menentukan masa depan mereka sendiri. Pelajar sentiasa aktif  di dalam kelas.
4) Penyediaan soalan adalah mengikut taksonami bloom. Tiada perbezaan di antara 1 pelajar dengan pelajar yang lain.
5) Ibubapa boleh mengetahu pretasi anak-anak di sekolah dan mencari jalan penyelesaian untuk membantu anak-anak dalam matapelajaran yang lemah.
6) Masa relief boleh digunakan untuk mengulang kaji pelajaran @ mengajar bagi subjek tertentu
Sistem PBS
 
1) Penilaian di lakukan setiap hari dan mengikut peringkat ( ada 6 band) , boleh semak di sini untuk pembacaan tentang band http://buletinkpm.blogspot.com ( pelajar tidak akan bersedia untuk menghadapi penilaian kerana hasil penilaian adalah hasil pembelajaran mengikut topik @ bab)
2) Penilaian di lakukan BERKALI-KALI sehingga melepasi band yang perlu di capai dan PEMBETULAN boleh di jalankan untuk melepasi band tersebut, ini kerana soalan tersebut adalah berbentuk FAKTA. (pelajar yang aktif akan menjadi pasif kerana sudah tertanam dalam kepala, penilaian akan di lakukan berkali-kali untuk mencapai band tersebut)- Adakah ini adil untuk anak-anak yang belajar sehingga larut malam sedangkan rakan lain tidur nyenyak?
3) Wujudnya kategori pelajar yang malas belajar, main-main dalam kelas, kerana mereka tidak lagi menentukan masa depan mereka sendiri, guru-guru yang akan memaksa mereka untuk belajar kerana mahu melepasi KPI dan prestasi yang telah di tetapkan oleh sekolah . Pelajar yang aktif menjadi pasif dan pelajar yang pasif akan menjadi lebih pasif. – Bagaimana kita sebagai ibubapa mahu memainkan peranan bahawa pelajaran itu penting kerana tiada lagi penilaian yang efektif ?
4)Penyediaan soalan (eviden) tidak mengikut taksonami bloom, dimana pembinaan item soalan adalah mengikut aras. Sebagai contoh kelas yang pandai diberikan soalan yang susah, manakala kelas belakang di berikan soalan sama tetapi aras yang lebih rendah.- Adakah ini adil untuk para pelajar ?Sedangkan dalam peperiksaan besar ( UPSR, PMR mahupun SPM) tiada pula di cetak” Kertas soalan ini untuk pelajar-pelajar yang pandai @ lemah”. Bagaimana guru-guru mahu mengukur kejituan dan keakuran para pelajar dan bagaimana kita sebagai ibubapa mahu memantau @ mengarah kebolehan anak-anak kita di dunia pekerjaan yang semakin mencabar ?
“Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3.”- copy paste
5) Pernyataan di atas, saya copy dan paste dari blog rasmi kementerian. Di sekolah terdiri pelbagai pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan. Ada yang mengusai 3M, ada pula yang langsung tidak mengusai 3M. Bagaimana seorang guru mahu menilai seseorang pelajar yang benar-benar melepasi band berkenaan ( band 3 menguasai asas) sekiranya penilain boleh di lakukan berulang kali dan bagaimana kita sebagai ibubapa mahu mengetahui bahawa anak kita benar-benar menguasai asas sesuatu matapelajaran sekiranya penilaian boleh di lakukan berulang kali?
6) Ibubapa tidak boleh mengetahui prestasi anak-anak secara tepat (kerana terdapat 6 aras dalam pencapaian anak-anak untuk sesuatu matapelajaran), sukar mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan anak-anak.
7) Masa ‘relief” tidak boleh digunakan untuk mengulangkaji pelajaran kerana guru yang me’relief” tidask mengetahui potensi pelajar berkenaan.
Pada pandangan saya, sistem ini wujud kerana
1) Mahu mengurangkan bebanan pelajar  membawa beg sekolah ( penuh dgn buku), tetapi pada masa yang sama telah menambahkan bebanan guru-guru dimana core buss (mengajar) telah di kurang dengan penyediaan eviden untuk menilai pelajar.
2) Mengurang pembukaan pusat tuisyen di luar dan mahu guru menjadi mentor kepada pelajar (mentee). Dimana guru adalah ikon.. ( kerja berat apabila menjadi ikon)
Sistem ini menjadi bagus sekiranya
1) Pentaksiran @ Penilaian hanya di lakukan SEKALI sahaja, di mana pelajar sentiasa bersedia untuk di nilai secara holistik.
2) Sistem peperiksaan tidak DIMANSUHKAN tetapi di masukkan sekali, ini adalah untuk memudah ibubapa memahami tahap pelajaran anak-anakdan memantau prestasi anak-anak di sekolah

3) Sistem penilaian tidak di beratkan  kepada guru semata-mata, kerana manusia tidak sempurna tetapi penilaian harus melibatkan ibubapa kerana ibubapa lebih tahu tentang anak-anak mereka.

Inilah dilema yang di hadapi oleh saya dan rakan-rakan seperjuangan saya. Saya mahu sistem yang telus kerana setiap ilmu yang di ajar merupakan rezeki saya yg halal dan masa depan anak didik saya terletak di bahu saya. Sebagai seorang manusia, mmg tidak akan terlepas dari melakukkan kesilapan, namun apa yang dihadapi oleh saya adalah satu sistem yang tidak telus penilaiannya dan saya amat takut jika suatu hari nanti kami (guru-guru) di persalahkan.

Sebagai seorang bapa dan guru, saya mahukan sistem pendidikan yang baik, telus dan jujur bagi menjamin masa depan anak-anak saya. Kepada ibubapa yang mempunyai anak yang sedang menjalani PBS soal selidik tentang pelajaran anak-anak, tanya kepada mereka adakah mereka benar-benar mendapat output dan adakah mereka bersedia untuk mempelajari sesuatu ilmu. Jangan sampai 1 tahap anda sendiri tidak nampak hasil pembelajaran yang anak anda pelajari di sekolah.

Mengajar adalah sesuatu yang mudah , semua org boleh melakukan, tp mendidik adalah 1 tugas yang berat, memerlukan kesabaran dan ketekunan.

 

SAPS

Screenshot from 2013-07-04 08:46:35Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ).

Guru kelas memainkan peranan dengan mengakses sisitem untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang diselianya. Guru mata pelajaran pula akan memasukkan markah-markah peperiksaan bagi setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Proses memasukan data nama pelajar oleh guru kelas hanya satu kali setahun ( sekira tiada perubahan ) Manakala guru matapelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan,

diakhirnya guru kelas atau yang berkaitan boleh mendapatkan salinan analisis peperiksaan yang telah dijalankan.

Satu sistem yang bagus berpusat ” One stop center ” tetapi kelemahan dia, oleh kerana berpusat, jika terlalu ramai orang akses ia boleh berlaku kesesakan trafik.

Ramai pengguna SAPS mengadu kepada saya tentang masalah untuk memasukkan data serta karenah merumitkan. Diharap pengguna bersabar, semoga sistem baru ini dikaji serta diperbaiki lagi kearah meringankan beban guru yang semakin mencabar kini.

Laman web SAPS ini boleh dicapai melalui http://sapsnkra.moe.gov.my
Sumber : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Kementerian Pelajaran

Posted on 07/03/2013, in Kurikulum, SK Desa Amanpuri and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen yer.. :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: