Sambutan Israk dan Mikraj

Pada 21 Jun 2013, pihakPanitia Agama Islam dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan satu program yang setiap tahun diraikan iaitu Sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah.

Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Pelbagai acara telah dirancang dan dijalankan iaitu ceramah, nasyid, sajak dan bercerita. Aturcara yang telah disusun melibatkan hampir  keseluruhan pelajar tahap satu dan tahap dua.

Moderator Pn Rosiah telah memuatnaik gambar-gambar suasana sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah. Semoga kita beroleh manfaat dan kebaikan di atas apa jua yang kita lakukan semoga mendapat keredhaan Allah. Amin.

This slideshow requires JavaScript.

Posted on 06/24/2013, in Agama, Ko Kurikulum, Kurikulum, SK Desa Amanpuri and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Tinggalkan komen yer.. :))

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: