Sejarah Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri atau nama ringkasnya SK Desa Amanpuri, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Perdana, Kepong berdekatan pekan Amanpuri.
Sejarah Sekolah
2004
| 1 MEI | Lantikan Pn Lim Siew Bian selaku ’care-taker’ . |
| 2 MEI | Guru Besar mula bertugas. |
| 25 MEI | Sekolah menerima Sijil Akuan Penubuhan Sekolah Baru dari Jabatan Pelajaran Selangor. (JPNS/SPB/TDP/A252094/01/03/G(15)) |
| MEI – JUN | Perabot dan peralatan pejabat dan sekolah diterima. |
| 1 JUN | En Azman Bin Ahmad, Penolong Kanan HEM, melapor diri.
En A Aziz Bin Suldi, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, melapor diri. Pn Nurliza Binti Ismail, PT Perkhidmatan N17, dari SK Gombak Setia melapor diri. Murid-murid dari sekolah-sekolah berhampiran mula melapor diri. |
| 7 JUN | Hemalatha A/P Arikrishnan, PAR N1 lantikan baru melapor diri. |
| 8 – 10 JUN | Sepuluh orang guru mula melapor diri. |
| 9 JUN | Sekolah diberi kod BBA 7239. |
| 10 JUN | Semua kakitangan bermesyuarat kali pertama dengan Tn Hj Samuri, Penyelia Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah Gombak.
Syarikat Pembersihan (Cekal Bersih) mula membersihkan sekolah untuk hari pertama persekolahan. Syarikat Keselamatan (Pusaka Watan) mengambil alih tugas keselamatan daripada pemaju. |
| 14 JUN | Hari pertama persekolahan. Guru Besar, 2 orang penolong kanan, 10 orang guru ,2 kakitangan pejabat dan 169 orang murid.
YB Muhammad Bushro, ADUN Paya Jaras melawat sekolah dan meluluskan peruntukan membina tangga untuk murid-murid berjalan kaki ke sekolah dari rumah pangsa Desa Satu. |
| 15 JUN | Seorang guru GSTT melapor diri. |
| 30 JUN | Sekolah mendapat kelulusan pindaan nama sekolah daripada SK Desa Aman Puri (SKDAP) kepada Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri (SKDA). |
| 3 JULAI | Mesyuarat penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Dirasmikan oleh YB Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor, ADUN Kawasan Paya Jaras.
Encik Manjit Singh dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG yang pertama. |
| 19 OGOS | PIBG SK Desa Amanpuri didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Selangor.
Nombor pendaftaran : SEL:1062 |
| 19 OGOS | Pejabat Pelajaran Daerah Gombak memberi kelulusan penggunaan lencana sekolah, lagu sekolah (Gemilang dan Terbilang) dan bendera sekolah |
| 30 OGOS | Sambutan Hari Kemerdekaan pertama kali. Pentadbir, guru-guru dan staf sokongan mengecap warna biru, murid-murid warna merah dan pekerja swasta, pekerja kantin dan kedai buku warna kuning. |
| 4 OKTOBER | Jabatan Pelajaran Selangor meluluskan pendaftaran lencana dan lagu sekolah (JPNS/SPS/PPN/A25090/06/08/Jld.2(70)). |
Latar Belakang Sekolah
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri memiliki 267 pelajar lelaki dan 258 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 525 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009
Pencapaian
27 dan 28 September 2011, Sk Desa Amanpuri telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Bahan Bantu Belajar Berkesan Kategori Numerasi bersempena Kem Setulus Kasih Linus di SK Bandar Baru Selayang.
Alamat:
- Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri
- Persiaran Perdana Kepong, 52100 Kuala Lumpur
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 03-62804744
- Fax = 03-62804744
-
http://skdesaamanpuri.files.wordpress.com/2011/07/untitled.jpg?w=200&h=200 Jenis Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan Guru Besar Encik Azman bin Mohd. Aris Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Encik Mohd. Ghazali bin Haji Anuar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Hoo Siaw Hua Penolong Kanan Kokurikulum Encik Dzulkefli bin Hashim Kod sekolah BBA7239 Lokasi
Malaysia Persiaran Perdana Kepong, 52100 KUALA LUMPUR, Selangor, MalaysiaNama singkatan SKDA Laman web http://skdesaamanpuri.wordpress.com.my/ Telefon 03-62804744 Faks 03-62804744

















Leave a Comment
Comments (0)