Category Archives: SK Desa Amanpuri

Mesyuarat Agung PIBG / Watikah Perlantikan Pengawas / Mentor Mentee

Pada Sabtu yang lalu bersamaan 8 Februari 2014 mencatat satu sejarah penting yang menghimpunkan beberapa program yang telah dirancang dengan agak lama. Pelbagai persediaan telah dilakukan dengan latihan-latihan yang berkaitan seperti nyanyian, persembahan tarian, raptai penyampaian sijil dan sebagainya.

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG mengharapkan juga sokongan yang padu daripada ibubapa dalam apa jua program yang dianjurkan. Pelbagai suasana telah diambil melalui jurugambar En Mohd Zaidy bin Musa dan Cik Julie Wahidah bagi tatapan ibubapa dan para pelajar khususnya.

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian ibubapa hadir ke Mesyuarat Agung untuk membincangkan agenda-agenda penting demi masa depan sekolah para pelajar.

Berikut dipaparkan suasana yang telah diambil dari lensa jurugambar masing-masing.

(more…)

Senamrobik dan Perkhemahan Unit Berunfirom

Baru-baru ini telah diadakan program senamrobik dan perkhemahan bagi unit beruniform yang dijalankan di dataran perhimpunan ( TARMAC ). Program seumpama ini dijalankan pada setiap tahun oleh pihak sekolah dengan tujuan utama supaya murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dengan gaya hidup sihat sesuai dengan aspirasi yang diinginkan oleh Pihak kementerian Pendidikan khususnya. Rangkuman gambaran suasana turut diambil untutk tatapan ibubapa dan para pelajar. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

karnival Sukan Rakayat & Taklimat PBS

Baru-baru ini pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dengan mengadakan program Karnival Sukan Rakyat dan Taklimat PBS kepada ibubapa. Diharapakan agar program seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan dan mendapat sokongan daripada semua pihak khususnya daripada ibubapa.

Sesi soal jawab PBS & Karnival Sukan Rakyat

Pada 18.10.2013 bersamaan hari Sabtu, terdapat dua program penting yang akan dilaksanakan. Oleh itu, dijemput kepada semua ibubapa dan para pelajar hadir untuk memenuhui program tersebut. Program tersebut akan berlangsung pada waktu pagi. Semoga kehadiran tuan/puan akan membantu pihak sekolah merencanakan aktiviti yang akan datang. Saranan dan idea sangat-sangatlah dialu-alukan.

Jadual peperiksaan akhir tahun

Untuk makluman tuan/puan, Peperiksaan Akhir Tahun 2013 akan diadakan pada:

Tarikh             : 17.10.2013 – 18.10.2013 dan 21.10.2013 – 22.10.2013

Hari                 : Khamis – Jumaat dan Isnin – Selasa

Sasaran           : Tahun 4,5 dan 6 sahaja

Matapelajaran : Tahun 4 & 5 ( Semua mata pelajaran )

Tahun 6 ( mata pelajaran bukan teras sahaja )

Untuk makluman dan tindakan tuan/puan, berikut adalah jadual kerja perjalanan peperiksaan:-

TARIKH

TINDAKAN

17.09.2013 – 30.09.2013 Penyediaan kertas soalan.
01.10.2013 Menyerahkan kertas soalan bersama JSU dan skima jawapan kepada Ketua Panitia
03.10.2013 Ketua panitia menyerahkan kertas soalan JSU dan skima jawapan kepada GPK 1
07.10.2013 -14.10.2013 Mengokot dan menyediakan kertas soalan yang telah siap diriso mengikut panitia masing-masing.
17.10.2013 – 18.10.201321.10.2013 – 22.10. 2013 Peperiksaan Akhir Tahun 2013
23.10.2013 – 25.10.2013 Pemeriksaan Kertas Peperiksaan.
28.10.2013 – 06.11.2013 Semak kertas soalan dengan murid.Guru mata pelajaran mengisi markah dalam SAPS online.Mengisi markah dan melengkapkan maklumat di dalam Buku Adab Belajar murid.
07.11.2013 Menyerahkan Buku Adab Belajar untuk ditandatangani oleh pentadbir.
11.11.2013 Menyerahkan Buku Adab Belajar kepada murid.
14.11.2013 Hari Anugerah Cemerlang 2013

Sekian, harap maklum.

Sekalung Takziah

Pada 29 Ogos yang lalu, bonda kepada Pn Zaharah Abdullah selaku Penolong kanan HEM telah kembali ke rahmatullah. Pihak sekolah khususnya pentadbir, guru-guru serta murid-murid mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh bonda Pn Zaharah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

takziah

 

 

 

 

VLE Frog – Bagaimana mendapatkan Yes ID khusus untuk ibubapa

Assalamualaikum dan salam ceria….1Malaysia.

Pada post kali ini, admin hendak menyentuh kembali tentang penggunaan VLE Frog kepada ibubapa dan murid-murid khususnya. Artikel ini ditujukan khusus buat seluruh ibubapa SK Desa Amanpuri cara mendapatkan Yes ID. Pihak sekolah sebelum ini telah mengedarkan id dan password kepada murid-murid dan ibubapa. Mungkin sudah agak lama dan baragkali juga  ada yang terlepas pandang, atau lupa dan sebagainya. Oleh itu, tuan/puan tidak perlu risau dan bimbang.

Tuan/puan boleh memuat turun panduan yang disediakan di bawah ini. Ianya boleh dibaca melalui format pdf. Jika belum mempunyai perisian pembaca berformat pdf boleh muat turun terlebih dahulu. Terima kasih.

P/s: Klik pada gambar di bawah untuk muat turun

adobe reader YES ID

Penyampaian hadiah sempena kuiz kemerdekaan

Majlis penyampaian kuiz kepada pelajar-pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat soalan kuiz sempena sambutan kemerdekaan di sekolah. Syabas diucapkan buat mereka.

PBS penuhi Falsafah Pendidikan Negara

KETIKA ini Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sudah berjalan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Di sekolah rendah PBS kini telah dilaksanakan di tahun 1, 2 dan 3. Pada tahun hadapan PBS akan dijalankan pula di tahun 4. Di sekolah menengah, PBS bermula pada tahun 2012.

PBS bukanlah satu sistem baharu malah kalau kita masih ingat, pentaksiran inilah yang selama ini dijalankan di sekolah-sekolah. Sebagai contoh mudah kita (guru) ada memberi murid kerja rumah, kuiz, projek, soal jawab, mengisi tempat kosong dan lain-lain lagi.

PBS ketika ini merupakan penambahbaikan kepada PBSA yang terdahulu dengan mengetengahkan pentaksiran merujuk standard dan penggunaan sistem PBS (SPPBS) untuk membantu guru-guru merekod pencapaian murid secara tersusun dan berterusan.

Soalnya mengapa pula PBS dilaksanakan ketika ini adalah disebabkan ia seiring dengan program transformasi kerajaan untuk menghasilkan modal insan bertaraf dunia.

PBS yang dibincangkan kini bukanlah isu walaupun ramai dalam kalangan guru yang tidak berapa suka dengan menganggap PBS ini membebankan malah telah meluahkan reaksi mereka melalui pelbagai medium.

Reaksi ini memang dijangka berpunca daripada ketidakfahaman mereka. Apabila sudah difahami, kerja menjadi mudah untuk dilaksanakan walaupun sedikit memenatkan.

Sememangnya saya bersimpati dengan perkara ini tetapi ini adalah dasar kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan perkara ini dengan niat yang baik setelah sekian lama pendidikan terabai daripada murid dan para pelajar.

Sebenarnya PBS ini dilaksanakan bagi tujuan pertama untuk meningkatkan pencapaian pelajar, kedua memperbaiki kelemahan atau masalah murid dalam pembelajaran, ketiga meningkatkan keyakinan kepada murid untuk belajar dan keempat untuk tujuan mengubahsuai strategi pengajaran.

Selama ini mereka dipadatkan dengan keampuhan peperiksaan yang meletakkan mereka tersasar daripada landasan sebenarnya.

Peperiksaan bererti mengutamakan keupayaan akademik dan hanya menilai aspek kognitif sahaja lantaran itu aspek yang bukan akademik tercicir dan terabai dek mengejar kualiti dan kuantiti 100 peratus.

Hal ini mengakibatkan lahirnya insan-insan yang tidak seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Menonjol dalam akademik, lemah dalam aspek rohani dan jasmani, kemahiran sosial dan nilai-nilai murni yang lain.

(more…)

Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri

 Pertama sekali jutaan kemaafan daripada pihak admin khususnya di atas kelewatan mengemaskini web sekolah. Hari ini genap 11 Ogos 2013 kita telah memasuki fasa ke empat hari raya yang disambut oleh seluruh umat islam di dunia. Pada masa yang sama usahlah kita lupa terdapat ramai saudara seagama kita yang tidak dapat menyambut hari raya  akibat peperangan dan kemiskinan. Seharusnya kita bersyukur pada Allah kerana negara kita yang tercinta ini bebas daripada segala bentuk peperangan dan kemiskinan melampau. Di kesempatan ini, ( mungkin agak lewat untuk diucapkan :)   ) admin mewakili pihak pentadbir dan ibubapa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Siri Linus – Permuafakatan Ibubapa & Guru

Pada pagi ini 23  Julai 2013, satu siri permuafakatan antara ibubapa dan guru tentang LINUS iaitu kaedah baru yang diperkenalkan. tanpa kita sedari sebenarnya LINUS sudahpun  masuk tahun yang keempat sistem ini berjalan. Taklimat LINUS  telah disampaikan oleh pegawai PPD Gombak. Ketika artikel ini ditulis, program tersebut masih lagi berlangsung. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dan kepada ibubapa yang sudi menghadiri majlis tersebut.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers